Friday 18 November 2011

           Hari ini, majlis perpisahan berjalan dengan lancar, Pn Fatimah Yacob dan Pn Noraini , yang diraikan telah menyampaikan perasaan masing-masing dalam saat hendak meninggalkan sekolah kita.....Kita yang mendengar turut merasai apa yang mereka rasai, maklumlah, setelah "membesar" di SMK Taman Maluri, inilah rumah kedua kita, tempat di mana kita menghabiskan masa selain daripada di rumah. Namun adat kehidupan, tiada pertemuan yang tidak berakhir dengan perpisahan.Kerana kesedihan perpisahan maka muncul kegembiraan dalam pertemuan....   yana pasti, kita harus bersyukur , Tuhan telah mempertemu kita di sini....

             Dalam kesibukan menerima serahan guru, hari berlalu dengan begitu pantas. Pabila guru mengucapkan selamat bercuti, baru sedar jam dah hampir pukul 1.30petang.....Walaupun cuti ini akan menjadi cuti yang sibuk dengan tugas , namun marilah kita sama-sama memanfaatkan cuti ini bersama keluarga, kalau lapang, jangan lupa jenguk ke sekolah....... Selamat bercuti semua.........

Thursday 17 November 2011

Ucap utama Pengarah JPNKL kepada Guru Penolong Kanan Petang di Hotel Permaisuri Lisbon, Melaka.

                                                              Dato' Khairil bin Awang
  • Profession Keguruan hanya untuk mereka yang sanggup mencurahkan jiwa raga untuk pendidikan , tiada tempat untuk mereka yang tidak sanggup kerja .
  • Pendidikan anatarabangsa ialah pendidikan yang dapat melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri abad ke 21 iaitu modal insan yang kreatif, inovatif, berdaya saing, dan mampu menyelesaikan masalah serta berkepimpinan tinggi.
  • 2 drp 7 skills in "The global knowledge economic Gaps" ialah: berfikr secara kritis dan kreatif dalam menyelesai masalah dan kerjasama merentas jaringan dengan pengaruh kepimpinan
  • Kita perlu : Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa
  • Kalau kita tidak tahu kerja kita, kita dikerja oleh kerja sebaliknya, kalau kita tahu kerja kita, kita yang mengerjakan kerja kita
  • Bagaimana kita dapat mempengaruhi guru kita untuk berusaha demi kebaikan sekolah????
Tahniah kepada mantan PK Kurikulum dan Tadbir yang telah naik pangkat menjadi Pengetua SMK Dato Onn mulai 1 Nov 2011.

Kami warga sekolah SMK Taman Maluri akan merasai kehilangan kemesraanmu........

Namun kami turut gembira dengan kejayaan puan muncul sebagai seorang pengetua pada akhir kerjaya seorang guru....

Selamat bercuti....

Tahun 2011 akan berakhir esok. Diminta semua guru melakukan serahan akhir tahun seperti yang terdapat pada borang semakan akhir tahun yang telah diedarkan.
Kepada semua guru tingkatan sesi petang, harap susun profil murid ikut senarai tahun 2012 . Semua buku pelaporan yang belum dituntut juga dimasukkan dalam profil murid. Buku kesihatan pula harus diikat secara berasingan berserta senarai nama. Buku kedatangan harus ditutup esok untuk menanda tamatnya berakhir hari persekohan murid bagi Tahu 2012. Semua mukasurat perlu dilengkapkan.
Kepada mereka yang mengawas SPM, jangan lupa esok masih kerja. Semua sesi petang akan hadir ke pagi sempena Majlis Perpisahan Pn Fatimah bt Yaacob mantan PK Kurikulum & Tadbir sekolah kita.

Selamat Bercuti..... Selamat Mengawas.... Selamat berkhidmat di tempat baru....