Sunday 15 September 2013

Jiwa kecil ini menangis....

 Setiba di sekolah, seperti biasa sebaik men'punch' kad kehadiran, saya terus menyemak tugasan yang harus diselesaikan, sekali pandang pada jam tangan, 5 minit lagi pukul satu tengah hari, dengan segeraku kumpulkan jadual kedatangan dan buku rekod sebab ketidak hadiran murid, tuju terus ke tapak perhimpunan yang berupa foyer bangunan 3 tingkat . Selama ini , kelas Tingkatan 1 dan  tingkatan 2 berkongsi..
         Semakin mendekati blok Foyer, kedenganran Pengawas bertugas telaah memberi arahan kepada semua murid supaya berhimpun dengan senyap, tiba-tiba, kedenganran jeritan suara murid perempuan,
 " Aku marah, bukan aku buat, kamu sengaja malukan aku.....huhu...hu...." Tangisaan dan jeritan yang begitu jelaas kedengaran...Terus pandangan ku bergerak ke kelas Tingkat 1, tempat dari mana jeritan dan tangisaan itu datang...hatiku tertanya, apa hal agak nya????? Semakin dekat, semakin kedengaran suara tangisan dan ucapan marah yang kuat...Apabila melangkah masuk ke kelas tersebut, kelihatan 4 murid Tingkatan 2 sedang berdepan dengan murid perempuan yang dalam keadaan emosi tak terkawal. Dengan suara yang tegaas, kucuba meleraaikan apa yang baakal berlaku, tanpa kuduga, yang menangis itu terus melontarkaan kerusi ke  arah 4 murid  tadi...Dengan segera keempat itu kusuruh supaya menyerah diri ke bilik disiplin, sementara yang meragam ini kubawa ke bilik Kaunseling...
         Hampir setengah jam, aku bersama guru kaunseling cuba menenangkan jiwa yang marah ini, akhirnya dia kelihatan hampir tenang, tiba-tiba , jeritan mula kembaali..." saya memang hitam tapi kenapa saya ditertawa dan diejek, saya malu, cikgu,  terutama depan murid lelaki..... baik saya henti sekolah  saaja....huhu... saaya taak boleh, Saya tak boleh dengar perkataan HITAM...." luahan hati gadis berkulit gelap ini depanku.....Kasihan, anak muridku, jiwa kecil ini pasti selalu diejek sejak kecil....." kamu harus terima dan bersyukur atas pemberian Tuhan...." Jawabku...namun hatiku faham...jiwa kecil ini telah lama terguris......                                                                                 (akan bersambung)

Saturday 14 September 2013

Frog VLE Tahun 20113

        Kebelakangan ini kita mulai sibuk menghidup dan mengaktifkan FrogVLE, banyak kekangan dan halangan, namun, setelah mengenali Frog, saya makin jatuh hati pada katak alam maya ini. Amat teruja sekali apabila dapat mengubah muka frog sendiri dengan memasukkan pelbagai maklumat, media daan gambar.... Terima kasih kepada jurulatih Frog kita, Pn Maizura dan Cik Norhaniza, kalau tiada bimbingan kalian, saya mungkin masih buta Frog...haha....
         
        Kini, masa saya pula menarik minat murid-murid untuk mendekati Frog, melihat mimik muka anak-anak ini, begitulah agak nya rupa kita ,guru semasa kali pertama didedahkan dengan makhluk Frog ini.....Setelah diajar membuka ruangan keja rumah, masing-masing sibuk , ada yang menjerit" Cikgu, Frog saaya hilang..?" " Frog saya tak mahu berjaalan..." macam macam, paada mula nya hampir pening dibuat oleh kelompok anak murid ini, namun, dengan banyak bersabar , akhirnya beberaapa murid berjaya menjawab dan menghantar salah satu tugasan yang diberikan ...Berjaya...haha.."Ring......Ring......" Dah masa Rehat, dengan perasaan kurang rela, mereka terpaksa menutup pelajaran Frog hari ini, tapi cikgu berjanji, cikgu pasti jadikan kalian peminat Frog.......

     Kepada rakan-rakan sebaya saya, walaupun dah beruban di rambut, namun semangat perjuangan alam pendidikan masih hebat diikuti, maupun Frog ataupun apa saaja, asalkan untuk kebaikan anak murid , jom kita balik muda bagai sungai yang ada.....