Follow by Email

Tuesday, 29 May 2012

PendAS merentas Kurikulum

Pada minggu sebelum cuti, saya berkesempatan berjumpa guru-guru dari Zon Utara di Hotel Regency ,di Alor Setar pada 21 hingga 24 Mei 2012 untuk memberi pendedahan tentang Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum. Seperti biasa, guru daripada pelbagai aliran seperti prasekolah, sekolah kebangsaan, dan Sekolah Menengah bawah dan atas telah dipilih khas untuk perbengkelan tersebut.

     Kami mulakan sesi bengkel malam pertama dengan ice breaking berunsur elemen alam sekitar. Kesemua peserta melibatkan diri dengan aktif dan berseronok dengan beberapa aktiviti yang dikendali oleh pengetua cemerlang SMK Cochrane iaitu Pn Shamsiah.
     Dalam sesi maklum balas, kebanyakan guru tertanya mengapa dipilih, apa kaitan mata pelajaran mereka dengan PendAS dan sbgnya...... Sebenar ,mereka yang terpilih adalah golongan bertuah kerana mendapat info awal tentang pendidikan alam sekitar, tranformasi minda adalah satu keperluan untuk menjayakan apa-apa program yang ingin dilaksanakan di peringkat sekolah.
    Perbengkelan 4 hari sememang  telah berjaya membuka mata guru tentang betapa penting kita sebagai guru menyedarkan anak murid tentang peranan masing-masing dalam menjaga bumi ini. Penerapan PendAS merentas kurikulum boleh dijalankan sepanjang masa mengikut kesesuai topik dan kreativiti guru sendiri. Prasarana sekolah sememang telah tersedia ada, contoh stesen pembelajaran seperti mural sekolah, kolam sekolah, taman sains sekolah dan sebagainya.

    Moga perjuagan untuk kelestarian alam sekitar menerusi PendAS merentas kurikulum berjaya dengan tekad dan usaha BPK KPM.............