Friday 21 September 2012

VIE- FROG

22 September 2012 Bilik Sahsiah Diri     masa: 10.30-11.30 pagi

LDP hari ini berkait dengan perisian VIE FROG . Memanfaatkan, terima kasih Pn Maizura atas penerangan dan coaching, tapi satu jam tidak mencukupi, mungkin perlu banyak-banyak.....lagi bantuan personal
Pn Maizura, harap sudi membantu.

Frog hampir sama dengan blog, tapi masih kena biasa-biasakan diri, bak kata tak kenal maka tak cinta, harap sama-sama kita pendidik cinta akan FROG supaya memudahkan tugasan secara berkesan .



Tuesday 29 May 2012

PendAS merentas Kurikulum

Pada minggu sebelum cuti, saya berkesempatan berjumpa guru-guru dari Zon Utara di Hotel Regency ,di Alor Setar pada 21 hingga 24 Mei 2012 untuk memberi pendedahan tentang Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum. Seperti biasa, guru daripada pelbagai aliran seperti prasekolah, sekolah kebangsaan, dan Sekolah Menengah bawah dan atas telah dipilih khas untuk perbengkelan tersebut.

     Kami mulakan sesi bengkel malam pertama dengan ice breaking berunsur elemen alam sekitar. Kesemua peserta melibatkan diri dengan aktif dan berseronok dengan beberapa aktiviti yang dikendali oleh pengetua cemerlang SMK Cochrane iaitu Pn Shamsiah.
     Dalam sesi maklum balas, kebanyakan guru tertanya mengapa dipilih, apa kaitan mata pelajaran mereka dengan PendAS dan sbgnya...... Sebenar ,mereka yang terpilih adalah golongan bertuah kerana mendapat info awal tentang pendidikan alam sekitar, tranformasi minda adalah satu keperluan untuk menjayakan apa-apa program yang ingin dilaksanakan di peringkat sekolah.
    Perbengkelan 4 hari sememang  telah berjaya membuka mata guru tentang betapa penting kita sebagai guru menyedarkan anak murid tentang peranan masing-masing dalam menjaga bumi ini. Penerapan PendAS merentas kurikulum boleh dijalankan sepanjang masa mengikut kesesuai topik dan kreativiti guru sendiri. Prasarana sekolah sememang telah tersedia ada, contoh stesen pembelajaran seperti mural sekolah, kolam sekolah, taman sains sekolah dan sebagainya.

    Moga perjuagan untuk kelestarian alam sekitar menerusi PendAS merentas kurikulum berjaya dengan tekad dan usaha BPK KPM.............


 

Wednesday 28 March 2012

Pendidikan Alam Sekitar

Menghadiri Mesyuarat Pelaksanaan Elemen alam sekitar dalam kurikulum di Seremban pada 27-29 Mac 2012. Sempat berjumpa rakan-rakan guru geografi dari Zon Tengah, Cikgu Tarmizi, G, Kak G, Ana, Noris, Sharifah, Fauzi , Tan dan lain-lain ,tidak lupa pada Kak Sham dan Dr Zohir.
Maklumat yang guru dan sekolah sudah makin tidak ditekankan aspek Pendidikan Alam Sekitar dalam ssispan P&P. Malah ada yang tak tahu tentang wujudnya panduan Pendidikan Alam Sekitar yang diedar ke sekolah sejak tahun 1996.
Harapan garispanduan pelaksanaan elemen Pendidikan Alam Sekitar dapat menghidupkan balik kepekaan guru bahawa Pendidikan Alam Sekitar untuk Alam Sekitar melalui Alam sekitar.