Saturday 14 September 2013

Frog VLE Tahun 20113

        Kebelakangan ini kita mulai sibuk menghidup dan mengaktifkan FrogVLE, banyak kekangan dan halangan, namun, setelah mengenali Frog, saya makin jatuh hati pada katak alam maya ini. Amat teruja sekali apabila dapat mengubah muka frog sendiri dengan memasukkan pelbagai maklumat, media daan gambar.... Terima kasih kepada jurulatih Frog kita, Pn Maizura dan Cik Norhaniza, kalau tiada bimbingan kalian, saya mungkin masih buta Frog...haha....
         
        Kini, masa saya pula menarik minat murid-murid untuk mendekati Frog, melihat mimik muka anak-anak ini, begitulah agak nya rupa kita ,guru semasa kali pertama didedahkan dengan makhluk Frog ini.....Setelah diajar membuka ruangan keja rumah, masing-masing sibuk , ada yang menjerit" Cikgu, Frog saaya hilang..?" " Frog saya tak mahu berjaalan..." macam macam, paada mula nya hampir pening dibuat oleh kelompok anak murid ini, namun, dengan banyak bersabar , akhirnya beberaapa murid berjaya menjawab dan menghantar salah satu tugasan yang diberikan ...Berjaya...haha.."Ring......Ring......" Dah masa Rehat, dengan perasaan kurang rela, mereka terpaksa menutup pelajaran Frog hari ini, tapi cikgu berjanji, cikgu pasti jadikan kalian peminat Frog.......

     Kepada rakan-rakan sebaya saya, walaupun dah beruban di rambut, namun semangat perjuangan alam pendidikan masih hebat diikuti, maupun Frog ataupun apa saaja, asalkan untuk kebaikan anak murid , jom kita balik muda bagai sungai yang ada.....

   

No comments:

Post a Comment