Friday 18 November 2011

           Hari ini, majlis perpisahan berjalan dengan lancar, Pn Fatimah Yacob dan Pn Noraini , yang diraikan telah menyampaikan perasaan masing-masing dalam saat hendak meninggalkan sekolah kita.....Kita yang mendengar turut merasai apa yang mereka rasai, maklumlah, setelah "membesar" di SMK Taman Maluri, inilah rumah kedua kita, tempat di mana kita menghabiskan masa selain daripada di rumah. Namun adat kehidupan, tiada pertemuan yang tidak berakhir dengan perpisahan.Kerana kesedihan perpisahan maka muncul kegembiraan dalam pertemuan....   yana pasti, kita harus bersyukur , Tuhan telah mempertemu kita di sini....

             Dalam kesibukan menerima serahan guru, hari berlalu dengan begitu pantas. Pabila guru mengucapkan selamat bercuti, baru sedar jam dah hampir pukul 1.30petang.....Walaupun cuti ini akan menjadi cuti yang sibuk dengan tugas , namun marilah kita sama-sama memanfaatkan cuti ini bersama keluarga, kalau lapang, jangan lupa jenguk ke sekolah....... Selamat bercuti semua.........

2 comments: